Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2013!

*this is sticky post. scroll down for a new blog entry*


Selamat tahun baru kepada semua pembaca blog!

Cepat je masa berlalu kan. Di mana sambutan tahun baru uolls kali ni? Aku tak ke mana pun. Setiap tahun tak pernah pergi sambut new year. Sesak! Duduk rumah lagi baik, rilek2.. hihi..





Bercakap tentang tahun baru, tentu ramai yang menanam azam baru kan. Jadi bagaimana nak gerakkan azam tahun baru agar berjaya dicapai? Ada yang menanam azam setiap tahun, tetapi bila dah hujung tahun je, banyak lagi yang tak terlaksana. hehe.. Jom baca tips daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.



TIPS SUPAYA AZAM TAHUN BARU TERCAPAI



1.  Doa sungguh2.

2.  Murnikan hati agar tarik hidayah Allah.

3.  Fikir secara positif sebab fikir itu doa.

4.  Lakukan setiap tindakan dgn terbaik.

5.  Jaga ibadah dengan sempurna.

6.  Cari kawan yang dapat membantu kita mencapai azam.

7.  Penampilan yang anggun.

8.  Cari guru atau mentor yang dapat membimbing.

9.  Bentuk budaya diri yang cemerlang.

10.Berterusan cari ilmu.

11.Nilai & ubahsuai azam jika perlu.

12.Seimbangkan hidup; rumahtangga, tempat kerja/ sekolah & masyarakat.

13.Lakukan dengan istiqamah selama 40 hari untuk jadi tabiat.

13.Redha & syukur atas setiap pencapaian.



Selamat berazam! Semoga tahun 2013 ni lebih baik dan lebih cemerlang daripada tahun sebelumnya! Salam.


p/s: Apakah kenangan terbaik anda sepanjang 2012?


Friday, May 3, 2013

Dah Kenapa Tak Update Blog??!


Hahahha..

Short post. Serious tak sempat nak update blog. Sorry kepada yang tertunggu-tunggu entry baru. Will update soon!

Oh! Selamat mengundi semua. Pastikan pilih yang berwibawa.

Chao. =D


Thursday, March 28, 2013

Cuti Hampir Tamat


Ahaa.. sibuk mengemas sawang di rumah masa cuti seminggu ni, terlupa nak mengemas sawang dalam blog. ihiks. 

Hai semua!!! Rindu sangat (?). Kenapa sejak dah berumah tangga ni macam malas-malas je nak update blog? Ermm.. Cuti sekolah ni pun bukan ada buat apa pun. Banyak duduk rumah je. Kadang2 malam, en. suami pula sibuk pasang naik bendera. Nak pilihanraya umum la katakan... Apedia?? Bendera apa en. suami pasang?? Undi adalah rahsia... hehehehhe..

Wah dalam tak sedar esok dah Jumaat. Apelah yang aku buat seminggu ni ye. Macam sekejap sangat cuti nya. Tapi yang paling best bila cuti ni dapat tidur lama2. hehehe.. Syukur en. suami pun cuti juga. Bolehlah kami ke mana-mana berdua untuk uruskan kehidupan. Ehek.. 

Dalam seminggu ni sempat balik jumpa mak, bawa mak pergi shopping & makan2. Tapi tak sempat rasanya nak balik jumpa abah. Rasa cuti ni sangat pendek! Semalam ada kematian pula. Nenek saudara sebelah mak mertua telah pergi meninggalkan kami semua sebab sakit tua. Benarlah kata2 tuntutan kerja lebih banyak daripada masa. Sebab tu jangan buang masa! Tapi tidur tu penting. Masa kerja mana cukup tidur. Jadi masa cuti lah nak rehat puas2. hihi..

Esok mungkin nak pergi jalan2. Mungkin la.. Kalau sempat dan en. suami free tak ada kerja. Walaupun kami sama2 cuti, tapi en. suami tetap busy dengan kerja dia. Tak apa. Kita jangan kacau dia. Kesulitan masa kini adalah untuk kesenangan masa hadapan. Ecee.

Bye bye.

Tuesday, March 19, 2013

Bulan Mac yang Penat :D


Huarghhh.. tu menguap tu ihihihi.. 

Penat jugak bulan Mac ni. Keje 6 hari berturut2 selama 3 minggu. Waahh! Sekolah ganti, 5S, kejohanan hoki, result SPM, target day, birthday pak mertua, kenduri kendara, tengok rumah, etc2.. Dulu masa zaman belajar, pernah terfikir dalam kepala, kenapalah manusia mesti tidur. Kalau tak tidur boleh tak, sebab nak study. Sekarang bila dah kerja, ada masa lapang je akan diisi dengan aktiviti tidur, sebab peluang tidur dan rehat tak banyak sangat. 

Begitulah perubahan kitaran hidup manusia.. kikiki..

Daa.. Kroihhhh....~~  *sambung tido balik*

=p

Wednesday, February 27, 2013

RSFG Photoshoot #2


Hello!!

Last time photoshoot before owner RSFG, abg Rahim berangkat ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah. Aku dan Fiefa dipanggil untuk photoshoot koleksi kali ni. Tapi disebabkan baju ada banyak dan takut masa drag sampai ke tengah malam, kak Has dan kak Maria turut dipanggil untuk turut serta. Merindui Fatin & Fiza yang jauh di mata. Tak complete rasanya kami berempat saja. 

Rancangan awalnya untuk photoshoot kali ini, abg Rahim nak bagi kami make-up tebal2 selaras dengan konsep fancy. Tapi abg Rahim kurang sihat. Jadi kami kena make-up sendiri. Barang make-up semua provided by RSFG. Aku pula tak bawa barang make-up yang complete. So guna yang RSFG punya saja. Sepanjang proses make-up, kami di guide oleh abg Rahim sendiri.

Lepas dah siap make-up, tibalah masanya untuk photoshoot! Excited betul. Sebab dah terbiasa shoot fashion, pose aku pun dah tak boleh ubah. No no no! Abg Rahim tak nak. Kena buat happy2 ala remaja (remaja ke? =p) dan kurangkan eye contact dengan camera. Kasut pula, awal2 abg Rahim dah pesan bawa boots. Macam biasa, aku bawa beberapa pasang kasut, dan  boots Vincci warna coklat kegemaran aku tu. Banyak shots pakai boots favorite je la nampaknya. hehehe

Share a few photos;

bosan dengan peplum? design begini pasti sesuai untuk anda yang sopan namun masih mahu bergaya.
*kain lycra

kain skirt berpoket tepi.
*kain lycra

kiri; gabungan blaus leopard print & skirt polos.
kanan: jubah dress lycra
*kain lycra

gabungan warna menarik, sesuai untuk perwatakan ceria.
*kain lycra

kiri; gabungan ungu, biru & putih meningkatkan keyakinan si pemakai.
kanan; warna tanah untuk penggayaan selamat.
*kain lycra

warna merah menyerlahkan personaliti.
*kain lycra

having fun with the gorgeous.. from left; kak mar, kak has & fiefa.

Anyway, kalau nak order baju2 RSFG, kena cepat2 ya. Sebab konsepnya siapa cepat dia dapat. Cepat2 sebelum kehabisan!

Daa~


Busana: RSFG
My make-up: Alya Syaqiera
Photgrapher: Piwan RSFG

24 Feb 2013


-----------------------------
R.S.F.G.
-----------------------------



p/s: Terima kasih RSFG bagi peluang bekerja bersama lagi. Harapan lepas ni ada peluang lagi. =)


Monday, February 25, 2013

delfirastyle.com Photoshoot


Ingat tak contest Pencarian Model Tudung delfirastyle.com yang aku join dulu tu? Pemilik butik, kak Fie dengan berbesar hatinya menganjurkan satu sesi photoshoot tudung dan busana delfirastyle.com dalam usaha pengadilan terakhir untuk mencari pemenang contest. Dah lama juga plan untuk photoshoot, akhirnya Februari lalu, kak Fie dan peserta contest sepakat untuk mengadakan photoshoot pada 23 Feb 2013. 

banner by delfirastyle.com


Pada mulanya, aku sangkakan aku free. Lupa nak check takwim kerja. Hari tu adalah hari bekerja! Aiiyarkk! Puas berbincang dengan kak Fie, tapi masih tak dapat kata putus. Jadi kak Fie melewatkan masa untuk photoshoot bermula iaitu pada jam 2 petang di studio Arezam Rahman di Shah Alam. Nasib baik! Sempat juga aku rush lepas balik kerja, ke Shah Alam. Dan aku jadi peserta pertama yang sampai! Hehhe.. Terima kasih GPS. *Clap!*

Tapi biasalah. Aku akan melepak beberapa minit dalam kereta, dan perhatikan kawasan sekeliling samada selamat atau tak. Kawasan baru bagi aku, so kenalah berhati-hati. Tak lama lepas tu, kak Fie pun sampai. Aku pun lega, dan naik ke studio bersama-sama kak Fie dan anak perempuannya yang sangat cute tu. Sorry tak ingat nama dia. hehehe

Dalam studio dah ada beberapa orang yang menunggu, especially the make-up artist (MUA). Aku pun terus berkenalan dan beramah mesra. Lepas tu sebab nak kejar supaya boleh balik awal, aku minta untuk make-up dulu. Sementara make-up, seorang demi seorang contestant muncul iaitu kak Yatie, Sha, dan Adlina yang baru berusia 16 tahun. Kak Nora Bella pula tak sampai2. Tak pasti kenapa. Jadi digantikan dengan kakak kepada Adlina yang menemaninya. Semua contestant adalah seramai 5 orang.

Tengah make-up, dah sampai ke part bulu mata, MUA letak gam dan terus letak di atas kelopak mata kiri aku. Dalam keadaan pejam mata, aku rasa basah sangat gam bulu mata yang dilekatkan tu. Ketakutan aku semakin nyata bila gam bulu mata tu masuk ke dalam mata aku! Ya Allah pedih sangat!! Aku terus lari ke sinki, buka contact lens, dan terus basuh mata aku tanpa menghiraukan eye shadow yang dah di sapu tadi. (haha... tragedi gila kan aku punya cerita =p). Mujur kak Yatie ada bawa solution dan bekas lens. Aku pinjam dia punya.

Lepas dah siap basuh, aku cuba pakai balik contact lens tadi, tapi pedih sangat, tak boleh masuk. Penyelesaiannya, aku cabut contact lens sebelah lagi. Habis la... Kabur sekejap pandangan mata aku sebab contact lens aku ada power yang agak tinggi. Sambil mata aku memerah, MUA pun kembali touch-up make-up aku yang luntur dek kerana air tadi. Dan MUA lagi sorang pula tolong pakaikan bulu mata untuk aku dengan gam buku mata cap lain pula. Ternyata, gam bulu mata yang dipakaikan sebelum ni tadi dalah gam kuat yang memedihkan mata. Aku sangat takut kalau terjadi apa2 pada mata aku. Hmm... Kemudian MUA pun meminta maaf dan bergegas meninggalkan studio kerana ada event lain pula. Tinggallah aku dengan pandangan yang kabur.

Semua contestant dah dapat beberapa shots. Disebabkan masalah tadi, aku yang mula make-up paling awal, tapi jadi yang paling lambat siap. Teraba-raba juga bila nak berjalan. Kak Fie dah setkan tudung untuk aku, iaitu tudung awning. Seriously aku jarang pakai tudung awning. Tudung aku selalunya melekap di dahi hihi.. Satu cabaran juga buat diri aku.


me (kiri) & kak Yatie Suria Lee (kanan). Mataku original tu. Mata hitam without contact lens.
Tq kaka bagi pinjam solution & lens case. Muahxx.
photo by kak Yatie.
(cun nya camera 360 ni.. like 100X)

Pengalaman kali pertama photoshoot dengan keadaan yang 'tak nampak' adalah sangat menyukarkan. Aku sukar nak membaca arahan photographer sebab kebiasaanya, apabila kita berbual, kita akan melakukan eye contact dan sesekali memandang kepada mulut si penutur supaya kita lebih faham apa yang sedang diperkatakan. Bila aku tak nampak mulut dan wajah photographer, arahan yang diterima juga menjadi kabur. Dan aku mula pening kepala sebab 'tak nampak'! Aiyarkk! Sangat tak selesa berphotoshoot dengan keadaan begini. Pastinya gambar2 aku akan bertukar menjadi disaster nanti. =(

Habis koleksi tudung, kami memakai pula baju peplum floral dan diarahkan bergaya bersama pedang samurai. Semuanya idea daripada abg Arezam.

one of the best shot. close-up shot semua tak jadi. 


Selesai photoshoot, 'sedut' gambar daripada PC abg Arezam, dan bersalaman dengan semua gadis, aku pun pakai semula contact lens sebelah mata, dan memandu pulang. Sepanjang perjalanan dengan bantuan sebelah mata, memang menyukarkan. Sekejap kereta aku ke kiri, sekejap ke kanan. Nak pecut pun tak boleh. Jadi, sampai rumah pun lewat. hmm..

Pengalaman yang tak akan aku lupakan. Next time kena ingat, bawa specs dan contact lens spare. 

Big thanks untuk semua yang terlibat especially kak Fie yang cantik sebab bagi peluang berphotoshoot dengan koleksi delfirastyle.com. Tak tahu lagi bila pemenang akan diumumkan. Macam biasalah. Bagi aku, kalau ada rezeki adalah, kalau tidak, mungkin rezeki ada di tempat lain.

Tata. Tq for reading this long entry. 


Wardrobe: 
delfirastyle.com

Photographer: 
Arezam Rahman


----------------------------
Delfirastyle.com
----------------------------

23 Feb 2013

Tuesday, February 19, 2013

RSFG Photoshoot


Photoshoot koleksi RSFG!! Tibalah hari aku perlu gayakan baju2 RSFG mengikut lesson yang dah dipelajari semalam semasa RSFG modeling class. hehehe..

But.. but... benda pertama yang kami buat bila sampai di RSFG adalah shopping!!!!!!!! Actually, semalam, masa modeling class, kakak2 model yang lain ada plan nak pergi shopping make-up di Asneda Collection yang terletak tak jauh dari RSFG. Semuanya bermula daripada kak As yang mempamerkan barang2 make-up nya yang best lagi murah tu. Apa lagi. Semua perempuan2 ni pun tergoda la. Abg Rahim owner RSFG pun terkesima mata tengok barang2 make-up tu.. hihi.. So kami pun berjemaah pergi shopping di Asneda Collection menaiki kereta kak As yang bling2 tu. Nanti aku update gambar barang yang aku beli ya.

Lepas dah membeli-belah, kami pun balik ke RSFG dengan hati yang gembira. Abg Rahim dengan murah hatinya menghadiahi bedak Pixy seorang satu kepada kami. Patutlah dia borong semua bedak Pixy tadi. Semua ok.. Semua..! Habis sudah bedak Pixy di kedai tu tadi. hehhe.. Abg Rahim tergoda sebenarnya bila melihat hasil bedak Pixy Tropical Beige yang dipakai oleh Fiefa, one of the model. Sangat kemas dan rata. Tak lupa juga abg Rahim bagi scarf bunga ros kepada kami seorang satu. Excited sangat nak pakai hehehhe...

Setibanya di RSFG, kami pun mula dimake-upkan dan berphotoshoot. Let me share a few photos.

jubah vintage lycra, cantik & menarik. Seleasa dipakai.
tudung lycra hitam jenis ada tali dan ikat belakang. Nak belajar pakai, mai aku demo. hihi

jubah lycra paisley, poket ditepi kiri dan kanan. Dah ada satu dalam koleksi peribadi. =)
tudung syria grey juga dari RSFG.

RSFG models. love my girls.. =)


Jom tonton video for portfolio. Macam pembaca berita pun hado! hehehe.. Enjoice!!





So happy hari ni. Terima kasih kepada RSFG for the wonderful day. Makanan semua sedap2 belaka. Will miss my girls!!

Thanks for reading & viewing. Tata.


Busana & Make-up: RSFG

17 Feb 2013


-----------------------------
R.S.F.G.
-----------------------------



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...